Friday, August 14, 2015

JOM! DAYUNG TERUS....VARSITY BOAT RACE 2015





Alhamdulillah...

Mari kita hidupkan kembali semangat dayung!






Sunday, November 17, 2013

Ulasan buku: Macedonia ~ Alexander Agung : Hijab Raja Zulqarnain

Alhamdulillah.... usai membaca Macedonia ~ Alexander Agung : Hijab Raja Zulqarnain! Benar-benar bermanfaat dan menarik perhatian. Saya tidak sabar untuk menghabiskan pembacaan sehinggakan lunyai buku ini saya kelek ke hulu ke hilir. Kemuncaknya, saya habiskan bacaan ketika mertua sibuk mengemas setelah selesai majlis pertunangan adik ipar. Menantu contoh sungguh... opss! Baik punya cover. Sambil tidurkan anak perempuan saya yang baru berumur setahun, saya belek helaian demi helaian terakhir.

Fuhhhh.. memang pengembaraan minda ke dimensi yang lain. Takjub dengan pembawaan Tuan Web Sutera. Karya pembuka mata dan jiwa. Siapa sangka karakter Alexander yang dipaparkan di layar perak itu bertentangan sekali dengan yang diceritakan dalam kitab Al-Quran. Hujah-hujah yang dibentangkan secara naratif mampu membuat menguatkan keinginan seseorang untuk mencari kebenaran. Padanlah ada yang benar-benar terkesan dan menerima hidayah.

Tidak dapat disangkal, ianya adalah sebuah novel di mana ada adaptasi dan tokok tambah untuk menyedapkan jalan cerita. Tetapi saya suka ambil isinya. Isinya tetap berlandaskan kebenaran. Pengaruh novel sejarah seperti ini pernah menyebabkan mahasiswa menggunakannya sebagai bahan rujukan (cerita benar ini! karya Dr. FT). Sudahnya, zasss... kena pancung dek pensyarah. Samada boleh atau tidak dijadikan rujukan, itu perdebatan di lain waktu.

Bab kegemaran saya adalah berkenaan Yakjuj dan Makjuj kerana saya tidak banyak ketemu bahan ini. Sungguh! Sungguh takjub. saya bersetuju dengan hujah Alexander Agung itulah Raja Zulqarnain.
Tahniah, Tuan Web Sutera. Tahniah kerana berjaya membongkar hijab ini. Saya teruja untuk memburu bahan bacaan dari penulis lain berkenaan skop yang sama.

Saturday, December 29, 2012

Talent-ID

Sebahagian proses kenalpasti bakat dan potensi atlet. Projek pembangunan atlet junior bagi pasukan negeri demi persediaan menghadapi SUKMA 2013. Video boleh dilihat di you tube. Klik

Thursday, August 4, 2011

FW: 5 RINGGIT RACE???

Hah! Coach Azlei sudah mencanangkan pada umum tentang race 5 ringgit. Tapi pada hari RABU??? biar benar??? Orang keje lah Coach!

 

Mesti mengujakan melihat bekas-bekas atlet kebangsaan mendayung setelah sekian lama.. guys!! Mampu ker? Gi minum anlene 4 minggu sblm game.. nanti ada yang tulang aptah riuk... ekekekeke…. (termasuk aku la tu)

 

Aku pun teringin nak main! Hahahaha.. single scull.. hmmm.. kena tgk sapa lawannya dulu.. ble makan tak? Double scull ngan sapa ek? Nak ajak afong, dia fit ooooo... karang kena marah dalam bot.

 

Utk rowers PKS (Pusat Kecemerlangan Sukan) yang gigih berlatih di bulan ramadhan ini di bawak sinar terik mentari.... bersabarlah.. usaha anda pasti mendapat ganjaran kemenangan.. insya' allah.

 

UTM pun dah mula berlatih untuk VBR.. UiTM.. entahlah… macam2 isu…. Patah dah agaknya semangat lenny menunggu program yang aku tak boleh laksanakan kalau x der komitmen dari uitm…. Duhh!!! Hafiz baru telefon semalam mintak aku submit training plan hujung minggu sahaja… duhh lagi… pehal hujung minggu jerw.. mana kem latihan…? Macam2 sakit manusia nih.. payah…

 

UiTM rowers… bare with me, ok! Don’t go anywhere…

 



Note:
The information and attachments contained in this communication is intended solely for the use of the individual or entity to whom it is addressed. It may contain confidential or legally privileged information. If you are not the intended recipient you are hereby notified that any disclosure, copying, distribution or action taken in reliance on the contents of this information is strictly prohibited and may be unlawful. If you have received this communication in error, please notify us immediately by responding to this email and delete it from your system. DRB-HICOM neither warrants the integrity of the information transmitted nor accepts liability for the proper and complete transmission of this communication.

Monday, May 24, 2010

MASUM 2010 - KEMENANGAN BERMAKNA

Segala jerih perih terbayar. Setiap titik peluh dan darah yang tumpah ke bumi terbalas. Setahun penantian berakhir dengan memanjatkan doa penuh kesyukuran. Sememangnya benar-benar memberi makna.

Sungguhpun begitu, tidak bermakna laluan selepas ini semakin mudah. Bahkan lebih getir. Semangat yang meruntun jatuh berkeping-keping pasti akan bangkit semula sepertimana yang berlaku ke atas kami. Setelah sekian lama di pundak kejayaan, dijatuhkan dalam sekelip mata. Kekalahan menjadi pengajaran yang cukup berkesan tika itu. Sukarnya untuk kembali merampas apa yang terlepas dari tangan. Melihatkan fizikal lawan, siang-siang mental anak-anak sudah goyah.

Untung kami punya jurulatih yang tidak jemu-jemu mendokong. Coach Hadi begitu tekun memastikan anak-anak punya peluang, punya ruang. Sedikit demi sedikit tembok pertahanan dibina bagi mengatasi segala ketidakyakinan. Maklumlah, jurulatih separuh masa. Kami saling sandar-menyandar dan membantu setakat yang mampu. Untung anak-anak dayung ini memang sudah berdikari. Punya kapten dan presiden yang sentiasa berusaha memastikan program yang direncana dilaksanakan sebaik mungkin. Tidak lupa juga ibu-ibu kecil yang kuat berleter menguruskan teman-temannya.

Satu pengalaman baru setiap kali kejohanan seperti ini. Selalu ada kejutan. Saingan kini tidak hanya didominasi antara dua universiti sahaja iaitu UTM & UTHM. UIA sudah mula menunjukkan taring dengan menjulang emas bagi acara M4+. Srikandi UMS juga kian menyerlah walaupun jurulatihnya selalu khuatir akan emosi atlet wanitanya. UNITEN juga punya fizikal yang mantap. UDM juga menunjukkan potensi di awal pembabitan dengan segala peralatan baru.USM juga bikin goyang.

UiTM pula membariskan atlet yang punya stamina tinggi. Rata-rata atlet adalah anggota PALAPES. Saya menjangkakan mereka semua berupaya ke peringkat akhir. Namun hanya acara M4+ yang melepasi jangkaan. Ternyata, mereka belum cukup pengalaman dalam perlumbaan di samping kekurangan peralatan berbanding universiti lain. Masih menggunakan macon blade untuk berlumba.

Ada drama yang menarik ketika perlumbaan. Apabila M8+ UTM dan UTHM sah masuk ke kumpulan semi final yang bakal diisi oleh 2 lagi universiti. Universiti-universiti lain berusaha mengelak daripada bertembung dengan 2 ekor gergasi ini. Ketika perlawanan repearcharge, UM dan UNITEN mendayung bahu ke bahu enggan menamatkan perlumbaan di tempat pertama. Kerana kedudukan pertama repearchage akan bertemu UTM & UTHM sekaligus peluang nipis ke peringkat akhir. Kamu patut lihat gelagat mereka di finishing line. Sungguh melucukan.

Ada satu pasukan yang membuat diri saya sangat kagum. USIM. Universiti Sains Islam Malaysia. Pencapaian mereka sederhana. Jarang berjaya ke final. Namun mereka tidak pernah patah semangat mengambil bahagian. Saban tahun mereka hadir dan memberikan saingan. Sayang, mereka tidak punya jurulatih yang dapat membantu meningkatkan prestasi. Insya' Allah, jika ada ruang dan waktu kami akan membantu pasukan ini. Selama universiti-universiti lain berlatih di empangan batu, tidak ada istilah kedekut ilmu. Atlet-atlet yang berpengalaman rajin memberikan tunjuk ajar dan dorongan. Tanyalah UIA. Di samping jurulatih Acap, atlet-atlet lama tidak lokek berkongsi pengalaman kerana kagum dengan kesungguhan mereka turun berlatih lebih awal.

UTHM, satu pasukan yang tetap digeruni semalam, kini dan masa depan. Kesal juga bila mengetahui tentang ayat "menghina profesionalisme pengadil dan juri pertandingan?" Namun memahami keinginan untuk menang yang kuat itu boleh menerbitkan unsur-unsur emosi yang kurang disenangi. Inilah pelajaran yang kami dapat. Bahawa ada perkara berlaku di dalam kawalan kita. Ada juga perkara yang berlaku di luar kawalan. Cara mana kita mengendalikannya, terpulang pada budi bicara masing-masing. Tepuk dada, tanyalah.... Bak kat Coach Hadi, kita perlu belajar daripada insiden yang belaku supaya menjadi iktibar. Dan ingatan dari Tuan Presiden PERDAMA juga kukuh terpahat buat bekalan nanti di perlawanan-perlawanan yang lebih besar.

Benar kami adalah lawan, seteru ketika MASUM, URI dan VBR. Namun, di bawah satu bendera kami tetap sama. Bernaung di bawah payung mahkota yang sama, menginjak di bumi yang sama dan bernafas di udara yang sama. (p/s: pinjam line PGL). Sukan Sea 2011 matlamat bersama. Sungguhpun sering berbeza pendapat, namun kami tetap berganding bahu merealisasikan matlamat.

Senarai nama atlet yang bakal dikenal pasti bagi Sukan Sea 2011 dan akan datang berada dalam simpanan. Menunggu perlaksaan program. Buat masa ini, tumpuan diberikan bagi ASIAN CUP 2010, Singapura pada 10 - 15 Jun ini.

Ayuh anak-anak dayung! Anak-anak mahasiswa! Anak-anak Malaysia! Kita terus bersaing bagi menolak diri masing-masing ke puncak jaya. Agar setaraf dengan juara-juara di luar sana.

Maju sukan ROWING!!!!

Monday, March 22, 2010

Blogging n blogging generates money

How to generates money while blogging? How to attract visitor and at the same time maintain the content integrity?

Sharing this with you, have a visit to this blog and find out.

Cara buat duit dengan blogging!

Tuesday, March 16, 2010

MASTER ROWING IN MALAYSIA - KHAS UNTUK OTAI-OTAI


Berita baik untuk pencinta-pencinta sukan mendayung. Mesyuarat jawatankuasa PERDAMA tempoh hari ada menyelitkan agenda MASTER ROWING. Menyedari ramai pendayung-pendayung tegar di luar sana sentiasa rasa terpanggil untuk kembali beraksi. Kali ini anda boleh bersaing bersama lawan yang setanding perut ke depan... hahaha.. maklumlah.. ramai yg sudah bersara. Tak kurang juga yang masih maintain stamina.

Inilah masanya anda menunjukkan bakat tanpa perlu risau akan budak2 universiti yg sudah cecah time ergo bawah tujuh minit!!! Ayuh! Kita mendayung....

CALLING FOR FARID, KEMBAR ZAIDI ZAKARIA, SHAHA, ZURIN, KOIE, AMOI INSPEKTOR, ABG TAJA, ABG MAN, AMIR & MONO DAN LAIN-LAIN LAGI...

Terbuka juga untuk sesiapa yang baru berkenalan dengan dunia dayung... Kami sedang mengumpul data dan membuat perancangan. Jadilah sebahagian dari ahli jawatankuasa penggerak acara yg akan julung2 kali diadakan ini.

COMPETITION DESCRIPTION:
The regatta’s format makes it appealing to rowers of all levels. Overall crew ranking is not determined on the basis of heats, repechages, semi-finals or finals. If entries exceed the number of racing lanes in any of the 100 or more events, as many races as necessary are added to the event, with a medal awarded to the winner of each race.

Competing against rowers of similar age is also an incentive to participate.

Age categories are as follows:
A - Minimum age 27 or more
B - Average age 36 or more
C - Average age 43 or more
D - Average age 50 or more
E - Average age 55 or more
F - Average age 60 or more
G - Average age 65 or more
H - Average age 70 or more
I - Average age 75 or more
J - Average age 80 or more

*sumber http://www.worldrowing.com/