Saturday, March 29, 2008

Introduction

ROWING: Sukan Mendayung


Sukan ini bukannya baru di Malaysia tapi dengan kurangnya publisiti ditambah pula dengan pencapaian yang lemah negara di peringkat antarabangsa melambatkan perkembangannya. Hakikatnya, sukan ini adalah sukan ke-2 terbesar kontijen atlitnya di OLIMPIK selepas acara balapan (athletic). Perkembangan sukan mendayung dan usaha-usaha meningkatkan pencapaiannya telah bermula seawal 90-an. Difahamkan Persatuan Mendayung Malaysia (PERDAMA) menggandakan & menumpukan usaha-usaha memperkenalkan rowing di peringkat universiti. Ini dilaksanakan dengan 3 acara besar yang diadakan setiap tahun di Kompleks Sukan Air, Putrajaya iaitu:

  • Sukan MASUM : Regatta Rowing & Kayak
  • UNITEN Rowing Invitation
  • Varsity Boat Race & Asian Varsity Boat Race

Pelbagai faktor mempengaruhi perjalanan sukan mendayung di negara kita termasuk faktor kewangan, kekurangan atlit, kemudahan dan komitmen badan-badan tertentu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Namun faktor kewangan menjadi penghalang terbesar bagi setiap negeri atau universiti untuk mengadakan kemudahan sukan ini berikutan kos yang tinggi. Untuk pembelian sebuat bot coxed four (4+) sahaja melibatkan kos sebanyak RM40K tidak termasuk kos-kos sampingan yang lain seperti oars, ergometre (indoor rowing machine) & bilik stor penyimpanan. Selain itu, kekurangan jurulatih yang berpengalaman juga menjadi faktor utama.

Walaupun begitu, perkembangan positif dikesan berikutan dengan acara kebangsaan & antarabangsa yang diadakan saban tahun. Mahasiswa & mahasisiwi dilihat sebagai pemangkin dalam meningkatkan kreadibiliti universiti yang dikatakan merosot akhir-akhir ini. Universiti bukan sahaja wadah kecemerlangan akademik tetapi jati diri yang boleh dinilai melalui kecemerlangan dalam sukan. Apatah lagi sukan rowing merupakan sukan yang menitikberatkan semangat sepasukan (TEAMWORKS) dan setiakawan. Dengan itu perpaduan bukan lagi menjadi satu isu.

Lebih lanjut mengenai sejarah rowing sila clik di sini: http://www.rowing.org.my/perdama/home/?f=history/index

No comments: