Atlit & pemakanan

Semasa makan tengahari sejurus selepas program junior Sekolah Alam Shah Sabtu lalu, saya bertanya tentang perkembangan latihan atlit-atlit kebangsaan kepada Majai (ZulMajdi). Kagum dengan semangat mereka meski sibuk dengan jadual kuliah, mereka mengatur latihan sendiri. Kali terakhir mereka menyertai kejohanan adalah beberapa bulan yang lalu. Masalah utama yang mereka hadapi setelah berehat dari kejohanan tersebut adalah berat badan.

"Berat saya kini 78kg dan saya perlu menurunkan berat ke 70kg untuk acara lightweight. Sudah seminggu saya tidak mengambil nasi untuk diet dan menggandakan latihan seperti jogging bagi usaha menurunkan berat badan. Tetapi saya tidak nampak apa-apa perubahan."

Itulah antara keluhan mereka. Seperti yang saya jelaskan, struktur tubuh dan komposisi badan mereka bukan seperti orang biasa yang tidak aktif. Oleh itu, bukan mudah untuk mereka menurunkan berat badan dengan cara yang drastic seperti itu. Oleh itu saya merujuk kepada artikel yang dipetik daripada laman web: http://www.thestretchinghandbook.com/archives/print/metabolism_p.php. Di sebalik objektif utama mereka menurunkan berat badan, mereka sepatutnya menumpukan usaha bagi meningkatkan metabolisma.

Slow Metabolism Syndrome adalah salah satu punca utama kenapa seseorang mengambil kuantiti kalori makanan yang sangat sedikit dan menggandakan latihan aerobic hanya untuk melihat perubahan yang sangat sedikit atau tiada perubahan langsung.

Sebenarnya, rutin pemakanan yang sedikit tetapi kerap – setiap 3 jam setakat ini adalah cara yang paling berkesan bagi meningkatkan kadar metabolisma. Kerana keberkesanannya, bila anda melihat hasilnya anda akan tertanya-tanya kenapa anda mengalami masalah menurunkan berat badan selama ini.

Percaya atau tidak selepas 12 hingga 16 minggu anda mengamalkan rutin diet ini berserta pengambilan makan yang sesuai dan latihan aerobic, badan anda akan bertukar menjadi turbo-charge fat burning machine!

Perlukah saya terangkan lebih lanjut? Artikel yang saya paparkan akan menjawab segala persoalan anda. Selamat membaca dan mengaplikasikannya.

Labels: