Coxwain : Tips untuk memperbaiki asas rowing

Latihan di air mesti di mulakan dengan latihan pemanasan badan (warm-up drill). Coxen boleh membimbing crew dengan aktiviti berikut :
  1. Hands only - pastikan crew dalam kedudukan normal (kaki lurus, tangan lurus). Beri arahan "All crew..... are you ready?...... hands only ..... GO!" mula mendayung dengan pergerakan tangan sahaja. Dayungan (catch) pendek dan rating (stroke rate) yang cepat.
  2. Hands & Body - dengan arahan "next stroke ...... hands & body ...... go". Pastikan setiap arahan yang dikeluarkan mempunyai sela masa yang cukup / setiap dayungan (stroke). Tujuan: untuk memastikan crew bersedia untuk menukar rentak dayungan.
  3. Half Slide - dengan arahan "next stroke ... half slide ... ready .... GO!". Pastikan crew mendayung mengikut rentak facer (crew#4), jarak catch & sliding yang sama dalam masa yang sama, bot berada dalam keadaan seimbang.
  4. Full Slide - dengan arahan " next stroke .... full slide ... ready ... GO!". sama seperti drill untuk half slide, coxen perlu memerhatikan keseragaman pergerakan, tahap oars/blade tenggelam setiap dayungan dan menegur segala kesalahan teknik.

Setiap satu warm-up drill perlu dilakukan dalam jarak 1/4 dari 2000m contohnya. Atau, 2 minit setiap satu. Kadangkala bergantung kepada coxen, jika coxen ingin membaiki kelemahan teknik dan fokus lebih lama pada satu-satu pergerakan. Di sinilah kita melihat peranan coxen juga sebagai pembantu jurulatih.

Sesuai diaplikasikan untuk beginners crew bagi membantu membiasakan diri dengan pergerakan & teknik yang betul. Objektif adalah supaya teknik yang betul dapat diautomasikan sebagai tindakan separa sedar (sub-concious movement). Jika teknik asas tidak dikuasai dengan betul, maka rowers akan terbawa-bawa keadaan ini sehingga ke peringkat intermediate & advance. Berdasarkan pengalaman, lebih susah membetulkan teknik setelah setahun atau jika sudah terlibat dengan pasukan kebangsaan. Ketika itu, pendekatan lain diperlukan. Kesannya, ketika masa diperlukan untuk meningkatkan kekuatan dan strategi perlawanan, sebahagiannya digunakan untuk membetulkan teknik-teknik asas.

Namun begitu, jangan lupa seseorang coxen perlu juga mempertimbangkan perkara2 berikut:

  1. Pemikiran positif - sentiasa berikan komen-komen yang positif & kritikan membina
  2. Arahan yang kuat & jelas - yakin dan pastikan crew faham setiap arahan
  3. Daya pemerhatian yang tajam - coxen perlu mengenalpasti bentuk kesilapan teknik dan membimbing crew untuk membetulkannya. Deria coxen perlu berfungsi bagi mengesan ketidak seimbangan dalam bot dan keseragaman pergerakan.
  4. Jangan menggunakan perkataan yang kasar/marah sehingga menimbulkan ketegangan.

Coxen yang bagus perlu tahu cara menaikkan semangat crew, sensitif terhadap pergerakan/teknik, peka dengan persekitaran dan perubahan sikap crew serta mampu memberikan maklum balas yang tepat jika diminta samada oleh crew mahupun jurulatih.

Labels: