Bakal Pendayung Kebangsaan



Sudah beberapa purnama (minggu sebenarnya) tidak bertemu mereka, rindu pula rasanya. Kita di sini hanya mampu berharap mereka mampu menguruskan masa dan menggunakan kesempatan yang ada sebaik-baiknya. Cabaran bukan calang-calang sebagai mahasiswa mereka harus meningkatkan pancapaian akademik dan dalam masa yang sama menjaga stamina, kekuatan dan ketahanan.

Berkali-kali peringatan diberi dan berharap mereka memahami. 17 minggu ini adalah masa mereka membina dan memperbaiki kekuatan mental & fizikal. Bertanggungjawablah ke atas komitmen yang telah dimerterai.

Hujung tahun ini, keupayaan mereka bakal teruji. Jika mereka mengambil enteng persiapan akademik, mereka akan berdepan kesukaran ketika peperiksaan akhir nanti. 2 minggu selepas VBR 2009 & SEARFC, Pattaya peperiksaan akhir menjelma. Jika ada yg menunjukkan prestasi ketika Pattaya, peluang ke Kejohanan Rowing Asia di Yilan, Taiwan mengintai-ngintai. Tak mustahil namun kerja keras itu perlu. Jika mereka mampu menggalas cabaran maka yang terpilih itu benar2 punya jiwa kental untuk terus maju.

Dot, Aziz, Arif, Hadi dan Alim.... masing-masing punya kelebihan masing-masing. Namun, jika konsistensi latihan itu tidak dicapai maka tembok yang mendindingi kejayaan itu tidak bakal roboh. Atasilah kelemahan yang telah dikenalpasti, anda pasti akan terkejut dengan keupayaan diri.

Azhar, Imran.. percayalah dengan diri sendiri.

Wan, Mazlie.... jangan bazirkan usaha anda yang sudah mula membibitkan hasil. Jika anda ingin mencapai sesuatu, inilah masanya. Fokus pada sasaran, dan kejar matlamat anda.

TAKE CHARGE!!! TAKE CONTROL, GUYS!!!
p/s: Oh.. tuan pengurus jangan dilupakan. Tekanan kerja itu adat, boss. Keep up the good work...!!