Kursus Pertolongan Cemas & CPR

DRABC

DANGER - peka tentang bahaya persekitaran. Jauhkan diri sendiri dan mangsa dari bahaya. Jangan membahayakan diri sendiri dan menjadikan diri anda mangsa seterusnya.
RESPOND - periksa respon mangsa dengan menepuk bahu dan panggil mangsa di telinga "Hello! Hello! Are you OK?". Kemudian telefon ambulan atau minta rakan anda menelefon ambulan.
AIRWAY - Periksa laluan penafasan mangsa jika ada halangan. Kemudian, gunakan 3M (Mendengar, Melihat dan Merasa). Jika mangsa tidak sedarkan diri dan sohih tidak bernafas. Mulakan CPR
BREATHING - Berikan bantuan panafasan 2 kali mulut ke mulut. Diikuti tekanan di dada sebanyak 30 kali sebanyak 5 pusingan.
CIRCULATION - Periksa keadaan mangsa dan lihat jika ada tanda-tanda bernyawa. Teruskan CPR sehingga mangsa pulih, bantuan tiba, ada orang yang ingin menggantikan tempat anda atau anda sendiri sudah keletihan.




Aku baru sahaja habis menjalani kursus ini minggu lepas selama 3 hari meliputi teori, praktikal dan peperiksaan anjuran majikan. Penting bagi aku mengambil kursus ini kerana ianya salah satu elemen yang diperlukan bagi mendapatkan pengiktirafan Institut Sukan Negara. Melalui Skim SPKK wajib bagi seorang Jurulatih Sukan Air mempunyai Sijil Pertolongan Cemas & CPR. Pada pandangan aku, semua jurulatih tanpa mengira jenis sukan sepatutnya mengambil inisiatif ini. Bukan sahaja melengkapkan diri dengan pengetahuan, tetapi menyediakan diri dalam menghadapi segala bentuk risiko dan situasi. Pepatah melayu ada mengatakan, "Malang tak berbau".

Bagi jurulatih yang mempunyai latar belakang & pendidikan Sains Sukan di peringkat Diploma & Ijazah sepatutnya sudah lama menyedari keperluan ini. Sijil ini perlu diperbaharui setiap tiga tahun memandangkan kajian dan pembangunan masih dijalankan bagi mendapatkan teknik CPR yang terkini dan paling tepat. Buktinya, ketika aku menhadiri kursus ini 2 tahun lepas, teknik CPR adalah 15 kali tekanan di dada bersama 2 kali bantuan penafasan dari mulut ke mulut. Kini, berdasarkan kajian terbaru kami diajar dengan teknik 30 kali tekanan di dada dan 2 kali bantuan penafasan dari mulut ke mulut. Bukan hanya CPR, cara-cara merawat dan membalut kecederaan juga diajar. Begitu juga cara mengangkat mangsa dan mengendalikan kes patah atau melecur. Racun & dipatuk ular berbisa termasuk dalam silibus.

Kesimpulannya, Diploma & Ijazah tidak cukup sebagai jaminan bahawa anda boleh melakukan CPR ketika diperlukan. Pembelajaran itu konsepnya sepanjang hayat mengikut peredaran masa. Apatah lagi CPR ini memerlukan pelakunya berkeyakinan tinggi dan tidak mudah panik apabila berdepan situasi yang cemas seperti kecederaan serius & kemalangan atau kecelakaan. Asas CPR itu mudah tetapi perlu sentiasa diingat dan dipraktikkan.

Fakta: Kebanyakkan mangsa kemalangan meninggal dunia bukanlah disebabkan kelewatan ambulan tiba di tempat kejadian, TETAPI ianya disebabkan oleh kelewatan si mangsa menerima rawatan pertolongan cemas

Pengetahuan CPR penting dalam membantu mangsa samada orang lain atau ahli keluarga kita sendiri. Dan pengetahuan ini wajib disebarkan kepada orang yang dekat dengan kita. Siapa tahu jika kita sendiri diserang sakit jantung, siapa orang yang kita harapakan untuk membantu. Sedang bantuan dalam perjalanan, nyawa kita bergantung setiap saat kepada bantuan awal yang diperlukan. Tanpa CPR, kelangsungan hidup itu hampir tiada. Jangan mengharapkan paramedik atau pihak ambulan, sedang otak kita hanya mampu bertahan tanpa oksigen selama 4-6 minit sahaja.
Oleh kerana itu, aku cuba menyampaikan sedikit demi sedikit ilmu Pertolongan Cemas & CPR ini kepada atlet mendayung UTM & Alam Shah. Selain memahirkan diri aku sendiri dengan CPR, aku dapat berkongsi ilmu ini dengan orang lain. Mana tahu ada yg memerlukan.

p/s: gambar nih yg gelap ker atau mata aku yg rabun? ni laa masalahnya kalau jurugambar amatur.. hehehe

Labels: