Pengaruh filem kepada sukan


Mengimbas kembali sewaktu kem latihan bagi projek Gemilang 2001, Coach Halim & Coach Azlei gemar bercerita tentang filem-filem yang pernah ditonton. Filem-filem ini memaparkan nilai-nilai yang boleh membantu membina kekuatan mental. Disebabkan itu, Coach Halim & Coach Azlei memuatkan sessi menonton filem-filem terpilih sebagai salah satu program latihan. Kemudian jalan cerita filem tersebut dibawa dalam perbincangan, perbualan semasa makan dan latihan. Coach Halim & Coach Azlei seorang penglipur lara yang sangat bagus apabila memetik kata-kata / skrip dalam filem tersebut samada dengan tujuan menyindir kami atau memberikan kata-kata semangat. Salut COACH!!!

Impak atau kesan yang tertinggal membekas di setiap hati kami dan dibawa bersama-sama setiap kali turun berlatih. Kami ulang kata-kata semangat yang ditonton dan didengar. Apabila COACH Azlei mengendalikan mental training, visual-visual lebih jelas kelihatan berdasarkan matlamat & sasaran yang telah dikenalpasti.

Malahan kami mempunyai anak kapal bernama GILBERT (sebiji bola ragbi) sebagai teman di kala kami ingin lari dari kebiasaan. Maklumlah, pagi petang siang dan malam kami dipenuhi dengan aktiviti mendayung dan indoor rowing. Mental kami perlukan lencongan dari kebiasaan di mana ketika sessi rehat/rekreasi kami akan bermain ragbi bersama Coach. Ini semua gara-gara filem lakonan Tom Hanks bersama WILSONnya dalam filem Castaway.

Antara filem-filem yang masih melekat dalam memori saya adalah Cool Running, Waterboy & Mighty Ducks. Ketiga-tiganya adalah filem komedi sarat dengan pengajaran. Bukan sahaja menyeronokkan tetapi berjaya menyampaikan mesej yang jelas kepada kami ketika itu. Cool Running berkenaan 4 orang anak muda dari Jamaica yang cuba mewakili negara mereka dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk. Berdasarkan kisah benar, mereka membuktikan walaupun Jamaica bukan negara yang mempunyai musim sejuk tetapi mereka berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik tersebut.

Kisah Waterboy lakonan Adam Sandler ada menceritakan kepentingan air dan proses hidrasi kepada atlet manakala Migthy Ducks mengisahkan perjalanan karier sukan sekumpulan kanak-kanak yang melalui pelbagai isu dalam proses pembesaran mereka ke alam remaja.

Filem yang telah berada dalam koleksi saya:
1. Forest Gump [Tom Hanks] **
2. Remember the Titan [Denzel Washington] **
3. Any Given Sunday [Al Pacino] **

Filem-filem yang dicari untuk disimpan sebagai koleksi:
1. The War on Democracy [Pengarah: John Pilger] #
2. Mighty Ducks (I, II & III) **
3. The Coach [Samuel L. Jackson]
4. 5. The Replacement [Keanu Reeve] **
5. Waterboy [Adam Sandler]
6. Cool Running **

** filem wajib tonton untuk anda. Semua filem di atas telah saya tontoni kecuali The Coach. Kalau sesiapa ada salinannya, harap dapat kongsikan kepada saya.

# filem ini pula berunsurkan politik. Belum pernah tengok lagi. Hehehe.. mana tahu kalau sesiapa ada salinannya, kongsi ye.

Labels: ,