Tuesday, July 7, 2009

Twilight Zone atau Zone Latihan?

Selingan: The Twilight Saga - Full moon akan menemui anda di pawagan November ini! :p [Cik Iram, jangan lupakan saya kalau Cik Iram mahu menonton movie ini.. Rob~ ]

Kembali kepada isu latihan.

Training Zone atau Zon Latihan sangat penting sebagai panduan di dalam program latihan. Ianya boleh saja berdasarkan kadar degupan jantung (heart rate) atau ujian ergometer 2000m. Berlatih tanpa bersandarkan “pace” yang spesifik mengikut individu, sukar bagi saya untuk mengenalpasti samada program latihan itu berkesan atau tidak. Walaupun tempoh pemerhatian kaedah ini masih terlalu awal iaitu kira-kira 2 bulan sahaja tetapi secara peribadi hasilnya amat memuaskan. Ujian masa yang direkodkan menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Walaupun masih belum dapat mengatasi rekod kebangsaan yang dipegang oleh Tonga & Afong namun kami akan berusaha. Masa merupakan faktor utama samada cepat atau lambat keputusan tersebut.

Benar saya mencedok program-program latihan dari laman web Concept2 & FISA tetapi itulah tujuan mereka supaya jurulatih-jurulatih sentiasa merujuk dan belajar berdasarkan hasil dan kajian mereka yang telah menghasilkan atlet bertaraf dunia selama bertahun-tahun. Apatah lagi, hasil kajian mereka itu melibatkan kerja tangan Terry O’Neill . Saya membuat banyak pembacaan dan kini saya cuba mempraktikkan. Keburukan banyak membaca ialah anda menjadi ketagih dan tidak puas dengan ilmu yang ada. Ada banyak persoalan. Anda mahukan lebih banyak penjelasan. Anda mahukan hasil. Dan anda perlukan bahan eksperimen. Muahahahaha…. Pasti ada yg gerun membaca posting ini terutama sekali anak-anak buah saya. Jangan risau, pergerakan saya sentiasa dipantau oleh ketua jurulatih PERDAMA. Anda boleh membuat aduan pada Coach Halim atau terus kepada Mr. Presiden jika mahu.

Saya paling gemarkan data “French Rowing Federation 2,000m Race Strategy (based on 500m Test)” yang membantu atlet mendapat gambaran yang jelas dan lebih persediaan dalam menghadapi ujian masa 2000m.Satu perkara lagi yang menarik perhatian saya adalah “test protocol” di mana sehari sebelum ujian masa dilakukan, semua atlet perlu menyempurnakan 2 ujian maksima. Pertama, ujian 100m max menggunakan ergometer. Kedua, ujian max 500m. Di antara kedua-dua ujian, benarkan atlet berehat selama 15 minit dengan “low intensity rowing” atau boleh sahaja menggunakan zon latihan UT2. Tujuannya supaya badan mereka mempunyai ruang untuk fasa pemulihan.

Seperkara lagi yang penting sesudah kedua-dua ujian masa ini disempurnakan, atlet mesti meneruskan latihan dengan berjoging atau menarik ergometer pada kadar bebanan paling rendah. Tujuannya sama, atlet perlukan fasa pemulihan yang lengkap sebelum ujian masa atau pertandingan. Berapakah jangka masa yang sesuai? Minimum 20 minit. Jika ada tambahan, lebih baik.

Didapati, ujian masa 100m digunakan untuk menganalisa berapakah kelajuan maksima yang boleh dicapai seseorang atlet pendayung. Manakala ujian 500m boleh digunakan untuk merancang & menetapkan “race pace” bagi ujian masa 2000m keesokan hari. Di sinilah jadual 3.9 data “French Rowing Federation 2,000m Race Strategy (based on 500m Test)” digunakan.

Menariknya tentang “test protocol” ini, saya perhatikan ada atlet yang bertubuh kecil tanpa otot yang ketara mempunyai kekuatan mengatasi atlet yang berpengalaman dan kekar tubuh badannya. Jadi, secara tidak lansung atlet ini dan yang lain-lain bermotivasi tinggi untuk memperbaiki kekuatan dan ketahanan. Saya cuma dapat berharap, semangat itu bukan hangat-hangat taik ayam. Maklumlah, godaan di luar kem latihan itu sukar ditepis. Apatah lagi jika penyakit yang tiada ubat menjangkiti atlet iaitu “MALAS”. Ada juga orang mengatakan "You are your own enemy!"

Oleh itu saudara-saudari, selamat berjuang.

Rujukan:
http://www.worldrowing.com/index.php?pageid=69/
http://www.concept2.co.uk/training/interactive.php/
http://www.concept2.co.uk/docs/training/training_log.pdf
http://www.concept2.co.uk/docs/guide/training_guide_v2.pdf

No comments: