Saturday, November 7, 2009

Kembali mengetuk keyboard....

Aduh.. sekian lama meninggalkan ruangan blog ini dalam kesepian tanpa berita-berita terbaru. Sedangkan banyak sekali rentetan peristiwa yang berlaku dalam masa beberapa minggu ini. Persiapan projek akhir, peperiksaan akhir, SEARF Rowing Championship di Thailand kemudian diikuti pula dengan Olympic Solidarity Course for Rowing Coaches di Jatiluhur, Indonesia. Tuntutan kerja, tugasan kuliah yang menggunung, tanggungjawab pada keluarga dan capaian terhad ke internet menjadi isu.

Final exam baru sahaja ditempuh 4-Nov-2009 yang lalu. Baru sahaja ingin menarik nafas kelegaan dan memanjatkan kesyukuran setelah berjaya melewati tekanan menuntut ilmu. Tiba-tiba sahaja saya mendapat panggilan telefon dari seorang lelaki misteri ketika sibuk dengan tugasan pejabat. Rupa-rupanya En Ridzuan, pensyarah kelas bahasa Perancis yang baik hati menghubungi saya memaklumkan mengenai masalah final project. Rakaman klip video bermasalah dan memerlukan rakaman baru. Segera saya hubungi adik-adik sekelas yang comel dan prihatin (Miza, Yat & Janna). Sepantas itu juga mereka yang telah mengetahui status projek saya menawarkan pertolongan. Malam selepas peperiksaan akhir, saya bertemu mereka di kampus Seroja, Uitm dan menyudahkan rakaman. Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar.

Di pejabat, kerja-kerja yang tertangguh menanti. Beruntung mempunyai rakan sekerja dan majikan yang memahami dan memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi. Tiga minggu ketiadaan banyak sekali cerita dan perubahan berlaku. Pemergian kawan baik yang mengikut suami bertugas di Kuching, pemecatan teman sepejabat atas skandal penyelewengan dan kawan-kawan yang pergi kerana mendapat tawaran lebih baik.


Untuk semalam, saya gembira sekali kerana berjaya menyudahkan bacaan keempat-empat sequel novel TWILIGHT setelah sekian lama tertangguh. Meski sudah lama memiliki novel-novel ini namun saya berusaha keras menepis godaan untuk menghabiskannya kerana mengutamakan keperluan-keperluan lain semasa jadual yang sangat padat. Ini kerana, sekali saya sudah memulakan pembacaan, tiada apa yang dapat menghalang saya dari menghabiskannya. Akibatnya pasti buruk kepada urusan-urusan lain yang lebih penting. Jadi saya benar-benar menghargai waktu yang terluang bersama Adam di rumah semalam dan ketika suami bekerja. Twilight --> New Moon --> Eclipse --> Breaking Dawn. Tidak sabar menanti tayangan terbaru Twilight-New Moon di pawagam penghujung November ini.

Ada sesiapa peminat Twilight yang ingin turut serta? Jom!!

2 comments:

suriram said...

nak ikot!!

Mus Dahlan said...

nak ikut pegi mana? Dah abis dah....