nama baru blog...

Sebenarnya ini kali kedua saya menukar nama blog ini. Saya tercari-cari nama blog yang lebih sesuai dan senang diingat paling penting bercirikan identiti malaysia. Saya sukakan perkataan dayung tetapi terasa kurang lengkap.

Ketika di dalam pesawat semasa pemergian ke Indonesia, saya terkenangkan Adam dan keletahnya. Belum pun menjejakkan kaki di tanah seberang kerinduan sudahpun menggunung. Manakan tidak, belum sempat menghilangkan rindu setelah kembali dari SEARF Rowing Championship di Thailand saya terbang pula ke Indonesia.

Semasa terkenangkan keletahnya inilah saya teringat perkataan-perkataan kegemaran adam. "Ebu..Ebu.. terbang terusss!" "Ebu...jalan terusss!" "Ebu...tendang teruss!!". Begitu juga ketika Adam melayan permainan bola sepak bersama pamannya Zul. Meriah sekali dengan becok suaranya menjadi penonton dan penyokong. "Cepat tendang! Tendang! Tendang terussssss!GOL!" Jadi bagaimana kalau blog ini dinamakan www.dayung-terus.blogspot.com?

Namun begitu, bukan nama yang menjadi ukuran. Apa yang penting isinya bukan? Insya' allah, saya akan berusaha menambahkan nilai blog ini supaya dapat memberi manfaat kepada anda.

Oleh itu, alamat baru blog ini akan dilancarkan pada tahun baru! Salam dayung.. dayung terus!