SEARF Rowing Championship 2009

Tarikh: 14 - 19hb Oktober 2009
Tempat: Mabprachan Reservoir Regatta Course, Pattaya, Thailand
Penginapan: The Green Park Resort, Pattaya, Thailand

Thailand telah menawarkan diri menjadi tuan rumah bagi menganjurkan 12th SEARF Rowing Championships 2009 pada 14 – 18 Oktober 2009 di Mabprachan Reservoir Regatta Course Pattaya, Chonburi Penganjurkan ini disebabkan negara Laos yang menjadi tuan rumah Sukan SEA 2009, tidak menawarkan acara mendayung mahupun menganjurkan kejohanan ini di peringkat Asia Tenggara.

Sehubungan itu, pihak Persatuan Mendayung dan Kenu Thailand (Rowing and Canoeing Association of Thailand) telah dipertanggungjawabkan untuk mengendalikan kejohanan ini. Berkat usaha sama ahli-ahli SEARF kejohanan ini telah berjalan dengan jayanya.

Bagi kejohanan kali ini, PERDAMA mengambil langkah menggabungkan pasukan daripada dua university (Universiti Teknologi Malaysia-UTM dan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia-UTHM) berdasarkan prestasi atlet di sukan MASUM 2009. Selain itu, pasukan junior dari Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya (SSAS) diberi peluang beraksi di peringkat antarabangsa sebagai salah satu langkah memastikan kesinambungan atlet di masa hadapan.

Senarai Atlit Malaysia Mengikut Acara :
LM2X B Mohd Azhar Adhman
S Muhamad Imran Muhamad
R -

LM4- B Mohd Azhar Adhman
2 Shahrul Izham Ma’amor
3 Mazlie Daham
S Mohamad Ridzuan Abd
R Muhamad Imran Muhamad
R -

JM1X 1 Afiq Asyraf Abdul Malik

JM2- B Muhammad Azhan Aziz
S Syamil Zainon
R -

M8+ B Safwan Mat Jani
2 Ahmad Al Farooq Ahmad
3 Han Weng Eng
4 Mohd Marwan Nur Anuar
5 Sella Kumaran Subramaniam
6 Low Boon Chuan
7 Mahatdir Zakaria
S Mohd Zulfadli Rozali
C Khoo Kah Beng
R Mohd Arif Faizal Anuar

LW1X 1 Adila Mohd Khalidi

W2X B Noor Nabilah Abdullah
S Siti Halijah Md Puji
R -

W4- B Nurul Hana Jamaludin
2 Stephanie Lau Lee Sze
3 Siti Jalilah Ahmad
S Suzana Abdul Latif
R Aminnur Hayati Zaiman
R Nurul Nadiah Aziz

Objektif pertandingan kali ini adalah pendedahan kepada kebanyakan atlit yang mana rata-rata daripada mereka pertama kali mewakili negara ke peringkat antarabangsa. Oleh itu, tiada sasaran pingat tertentu. Harapannya adalah para atlet benar-benar mengambil iktibar dan menjadikan pertandingan ini pengalaman berharga buat bekalan persediaan Sukan Sea 2011, Indonesia.

INSIDEN PAHIT
Insiden pahit menimpa pasukan Men Eight negara di mana para pendayung diwakili oleh pasukan Universiti Tun Hussien Onn (UTHM). Berlaku masalah teknikal di mana tempat duduk salah seorang pendayung pecah melepasi boya 100m dari garis permulaan. Ini menyebabkan pasukan tersebut terpaksa meneruskan pertandingan dengan 7 pendayung sahaja. Mengikut undang-undang pertandingan, jika berlaku masalah teknikal sebelum 100m perlumbaan boleh dimulakan semula. Tetapi jika sudah melepasi boya 100m tersebut tiada apa boleh dilakukan kecuali menghabiskan perlawanan.

Memang tidak banyak boleh dilakukan dengan keadaan bot "eight" yang kurang memuaskan. Selain terdapat kebocoran, alat gantinya juga sukar didapati. Ditambah pula Thailand hanya mempunyai satu bot "eight" sahaja. Dengan itu, telah diputuskan dalam mesyuarat pengurus pasukan kaedah pertandingan adalah melalui sistem "time trial". Tidak dinafikan kaedah ini punya pro dan kontra. Malaysia mendapat giliran pertama dan pemeriksaan sudah dilakukan ke atas bot. Apa jua yang berlaku sudah menjadi ketentuan. Kekecewaan jelas dipamer para pendayung namun mereka redha dan menerima keputusan. Yang pasti, tersemat azam yang lebih kuat di setiap sanubari mereka. Jadi saya harap mereka lebih bersedia di masa akan datang.

POST MORTEM
Banyak sekali yang ingin diperkatakan mengenai pertandingan kali ini. Laporan lengkap bakal diserahkan kepada PERDAMA. Pasukan UTM M4- beraksi cemerlang ketika di Varsity Boat Race menang mudah dengan catatan masa 7:10.43 namun gagal menyerlah di SEARF kerana salah seorang pendayung tidak layak mewakili acara Lightweight Men Coxless Four (LM4-). Disebabkan itu mereka terpaksa menggunakan khidmat salah seorang pendayung Lightweight Men Double Scull (LM2X). Jadi kekuatan mereka belum benar-benar teruji bilamana berdepan dengan pasukan negara lain seperti Thailand yang mencatatkan masa 6:50.54. Paling menyerlah, Vietnam benar-benar menunjukan taring dengan memenangi acara ini dengan catatan masa 6:23.40 dicabar sengit oleh Indonesia dengan catatan masa 6:23.83.

Saya ingin menarik perhatian anda dengan merujuk kepada perbandingan di bawah. Lapan tahun lepas Vietnam ketinggalan di tempat terakhir ketika SEA GAMES KL 2001. Kini, mereka bangkit menduduki tempat pertama dan bersedia untuk menggalas cabaran ke Asian Rowing Championship, Yilan, Taiwan yang sedang berlangsung ketika ini.

Soalannya, di manakah Malaysia sekarang? Di manakah kita di Sea Games akan datang?

Jumlah kutipan pingat di SEARF Rowing Championship, 2009.


Jumlah kutipan pingat ketika SEA GAMES 2001, KL.

Labels: ,